Wednesday, 28 December 2011

nasi dagang negeri terengganu

SEJARAH NASI DAGANG TERENGGANU

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Nasi Dagang merupakan makanan atau sarapan pagi yang amat popular di Terengganu. Walaubagaimanapun untuk mencari kedai nasi dagang yang betul-betul sedap agak sukar bagi sesetengah orang.
Mengikut pengalaman saya, gerai-gerai nasi dagang branded cialis drugstore yang kecil lebih memberikan kepuasan kepada saya untuk menikmati rasa nasi dagang yang sebenar.
Gambar diatas adalah nasi dagang berlaukkan kepala ikan tongkol atau ikan aya. Untuk mendapatkan rasa lauk nasi dagang yang sebenar jenis rempah yang dipilih memainkan peranan utama kerana rempah tradisi Terengganu berbeza dengan aroma rempah sebelah Pantai Barat.
Mengikut pengalaman saya rempah yang paling popular bagi masakan nasi dagang di Terengganu adalah yang ber cap Bunga Rose.


RESIPI NASI DAGANG TERENGGANU


Kedai Nasi Dagang yang terkenal di Kuala Terengganu :
     ·         Nasi Dagang Kak Yah di Bukit Besar (Sebelah Traffic light Simpang Bukit Besar)
     ·         Nasi Dagang ' Koyah' Kg Ladang (Masuk melaui SK Ladang, Dekat Surau Hj Awang)
     ·         Nasi Dagang Chendering. (Deretan Tepi Jalan)

RESIPI NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN:
      ·         4 cawan beras yang elok (guna beras wangi) + 1 cawan beras pulut
      ·         1 tin (400 ml) santan pekat
      ·         4 ulas bawang putih (hiris kecil-kecil)
      ·         6 ulas bawang merah (hiris kecil-kecil)
      ·         1 inci halia (hiris kecil-kecil)
      ·         1 sudu makan halba
      ·         garam

Cara memasak:
     1.     Bersih beras dan rendam semalaman.
    2.    Untuk santan pekat, guna ¾ tin santan campur 1/3 cawan air. Manakala santan cair ambil ¼ tin  santan dan ditambah 1/3 cawan air.
    3.    Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
   4.    Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit atau sehingga keluar asap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
    5.    Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
    6.    Bila dah siap boleh lah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.


GULAI IKAN TONGKOL (LAUK NASI DAGANG TERENGGANU)

Bahan-BAHAN:
      ·         1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar (guna 2 ekor ikan tongkol saiz kecil
      ·         4 kpg asam keping
      ·         4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
      ·         1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
      ·         3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
      ·         2 sm gula merah
      ·         5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
      ·         garam secukupnya,minyak
      ·         2 sudu kerisik
      ·         tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikan pun boleh
      ·         bahan2 kisar
      ·         2 sm ketumbar
      ·         1 st jintan manis
      ·         1 st jintan putih
      ·         10 biji bawang merah
      ·      1 ulas bawang putih
      ·         1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit
 

Cara memasak:

     1.     Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok   disimpan satu malam.
     2.    Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air.
     3.     Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
     4.     Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
     5.    Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.



 

1 comment: