Friday, 30 December 2011

# untitled ~~

peace yaww..!!


ammelia syuhada binti mokhtar
panggil 'lia' je..
bkn amy,syuhada or whatever yg agk pelik didengor oleh telingaku...

19 taOn.. (2012 da msok alam 20-an..mungkin da bole kawen.!) =="
befday : 29/11/92 (tarikh yg agk cantek disitu yerr..)
owg mersing,joho... (same nan siti syairah jusoh...)
kuat tido..kt mane2 pon bole jadik...
suke lyn muvie HINDUSTAN.! humko hamise churalo...lalalala~~


upin & ipin x dilupekn juge....

stylo betol baju.. 'u' n 'i'
dua singgit...dua singgit~~

study food tech kat UMT...npe UMT?.tahh..da tercampak kt cni nk wt cne.. -.-


it's so easy,

to think about love,

to talk about love,

to wish for love,

but it's not always easy,

to recognize love,

even when we hold it

in our hands...


motif ??.jiwang jap....kbaiiii...... 

ayam masak merah

Bahan-bahan ( 4 orang )


1/2 ekor ayam

sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##

4-5 biji cili kering

1 cm halia

2 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

1 biji tomato-potong dadu

1/2 cawan sos tomato

## Bahan Hias ##

1/2 biji bawang besar- potong bulat

kacang hijau secukupnya




Cara-cara

  • Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak.

  • Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

  • Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaulbalikkan.

  • Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.


Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan (5-6 orang)
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 tin tomato puri
6 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara
  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  4. Masukkan tomato, lobak merah, capsicum dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
  5. Masukkan tomato puri, air dan susu. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
  7. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
  8. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Thursday, 29 December 2011

CUTE GIRL IN THE WORLD...hahahaha


SITI NOR FARAHIM aka.(farah comel)


dilahirkn pd 26 april 1991 pd pkul 4.35 pg


SUKA MAKAN....:)


MAKAN UTK HIDUP,
HIDUP UTK MAKAN....
SELAGI CHAT MKAN PUAS-PUAS..
RUGI KLAU X MKN...

PUDING KARAMEL

ASAL USUL PUDING



Di Britania Raya, istilah pudding sering digunakan untuk hidangan penutup yang dibuat dari telur dan tepung, serta dimasak dengan cara dikukus, direbus, atau dipanggang.


Puding adalah nama untuk berbagai hidangan penutup yang umumnya dibuat dari bahan-bahan yang direbus, dikukus, atau dipanggang. Istilah puding juga dipakai untuk berbagai jenis pai berisi lemak haiwan, daging, atau buah-buahan yang dipanggang.
Puding dengan bahan baku susu (yogurt), tepung maizena, tapioka, atau telur dihidangkan setelah didinginkan lebih dulu. Puding seperti ini rasanya manis dengan perisa coklat, karamel, vanila, atau buah-buahan. Puding agar-agar dibuat dengan mencampur agar-agar bersama susu, tepung maizena, telur . Puding agar-agar sering dihidangkan dengan sos yang disebut vla. Tepung puding instan memudahkan orang membuat puding kerana hanya perlu dicampur susu atau air panas.
Di Indonesia terdapat berbagai jenis puding rasa tradisional yang memakai kelapa muda, gula merah, santan, tapai ketan hitam, atau campuran daun suji dan daun pandan. Buah-buahan yang dipakai untuk puding misalnya: jeruk, nanas, sirsak, mangga, atau markisa.



PUDING KARAMEL


Bahan-bahan :-



  • 10 biji telur
  • 1tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu besar vanila
  • 1 cawan gula - dihanguskan
  • 2 sudu air

CARA-CARA :

1. Masukkan gula kedalam periuk masukkan 1 sudu air...Masak dengan api yg kecil hingga hangus n cair semua. Kemudian masukkan 1 sudu air lg masak sekejap .

2. Masukkan gula hangus ke dalam mangkuk pirac ke loyang ke agak2 besarnya dan biarkan sejuk dan beku.

3. Telur dipukul rata (bukan sampai kembang). Kemudian masukan susu cair, susu pekat dan vanila dan gaul rata.

4. Kemudian masukkan bahan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit. Klu bole tutup atasnya dengan aluminium foil supaya tidak masuk air.


JENIS-JENIS PUDING LAIN:





Wednesday, 28 December 2011

nasi dagang negeri terengganu

SEJARAH NASI DAGANG TERENGGANU

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Nasi Dagang merupakan makanan atau sarapan pagi yang amat popular di Terengganu. Walaubagaimanapun untuk mencari kedai nasi dagang yang betul-betul sedap agak sukar bagi sesetengah orang.
Mengikut pengalaman saya, gerai-gerai nasi dagang branded cialis drugstore yang kecil lebih memberikan kepuasan kepada saya untuk menikmati rasa nasi dagang yang sebenar.
Gambar diatas adalah nasi dagang berlaukkan kepala ikan tongkol atau ikan aya. Untuk mendapatkan rasa lauk nasi dagang yang sebenar jenis rempah yang dipilih memainkan peranan utama kerana rempah tradisi Terengganu berbeza dengan aroma rempah sebelah Pantai Barat.
Mengikut pengalaman saya rempah yang paling popular bagi masakan nasi dagang di Terengganu adalah yang ber cap Bunga Rose.


RESIPI NASI DAGANG TERENGGANU


Kedai Nasi Dagang yang terkenal di Kuala Terengganu :
     ·         Nasi Dagang Kak Yah di Bukit Besar (Sebelah Traffic light Simpang Bukit Besar)
     ·         Nasi Dagang ' Koyah' Kg Ladang (Masuk melaui SK Ladang, Dekat Surau Hj Awang)
     ·         Nasi Dagang Chendering. (Deretan Tepi Jalan)

RESIPI NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN:
      ·         4 cawan beras yang elok (guna beras wangi) + 1 cawan beras pulut
      ·         1 tin (400 ml) santan pekat
      ·         4 ulas bawang putih (hiris kecil-kecil)
      ·         6 ulas bawang merah (hiris kecil-kecil)
      ·         1 inci halia (hiris kecil-kecil)
      ·         1 sudu makan halba
      ·         garam

Cara memasak:
     1.     Bersih beras dan rendam semalaman.
    2.    Untuk santan pekat, guna ¾ tin santan campur 1/3 cawan air. Manakala santan cair ambil ¼ tin  santan dan ditambah 1/3 cawan air.
    3.    Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
   4.    Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit atau sehingga keluar asap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
    5.    Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
    6.    Bila dah siap boleh lah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.


GULAI IKAN TONGKOL (LAUK NASI DAGANG TERENGGANU)

Bahan-BAHAN:
      ·         1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar (guna 2 ekor ikan tongkol saiz kecil
      ·         4 kpg asam keping
      ·         4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
      ·         1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
      ·         3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
      ·         2 sm gula merah
      ·         5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
      ·         garam secukupnya,minyak
      ·         2 sudu kerisik
      ·         tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikan pun boleh
      ·         bahan2 kisar
      ·         2 sm ketumbar
      ·         1 st jintan manis
      ·         1 st jintan putih
      ·         10 biji bawang merah
      ·      1 ulas bawang putih
      ·         1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit
 

Cara memasak:

     1.     Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok   disimpan satu malam.
     2.    Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air.
     3.     Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
     4.     Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
     5.    Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.



 

resipi kek blackforest

RESIPI KEK BLACKFOREST














Bahan-bahan ( Saiz 9" )

·         120 gm gula kastor

·         100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)

·         20 gm serbuk koko

·         4 biji telur

·         10 gm ovalette

·         20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)

·         1 sk esen vanila

·         20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)

·         Untuk hiasan : Nondiary whipping cream (dipukul sehingga kembang-saya tidak guna banyak, takut muak), Jem blueberry (buah) Ceri merah, Chocolate rice (sorilah campur-2 bahasa)

Cara-cara

1.     Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.

2.    Perlahankan putaran, masukkan minyak.

3.    Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.

4.    Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.

5.    Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.

6.    Hiaslah mengikut citarasa kita.